Hari Khamis, 17 Julai 2025 - Jabatan Pertanian dan Agrimakanan melalui Unit Pengurusan Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah melaksanakan taklimat Tatatertib Mengenai Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Penggal B (Tatatertib), bertempat di Dewan Simpor, Pusat Agribisnes Rimba, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Yang Mulia Awang Khairul Anwar bin Haji Ismail, Penyelia Pejabat dari JPA. Seramai 105 orang pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertanian dan Agrimakanan telah menghadiri taklimat tersebut.
Antara objektif taklimat ini diadakan adalah bagi meningkatkan kefahaman tentang etika perkhidmatan awam berdasarkan peruntukan undang-undang seperti Peraturan-Peraturan Am 1961, Negara Brunei Darussalam. Selain itu juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang implikasi undang-undang dan reputasi akibat salah laku sebagai penjawat awam.